Posts

Wanita Di Belasah Gara-Gara Bercakap Kuat

Image
Kejadian ini berlaku di XIAN,CHINA penumpang bas seorang wanita telah ditumbuk dan rambutnya ditarik oleh seorang penumpang lelaki dan wanita kerana bercakap terlalu kuat di telefon bimbitnya. Wanita yang berusia 55 tahun itu memberitahu Shaanxi Radio,bahawa dia sedang bercakap di telefon ketika seorang lelaki yang duduk di belakangnya menumbuk belakang lehernya secara tiba-tiba. Lelaki tersebut menyatakan bahawa mangsa bercakap terlau kuat. Pita rakaman dari dalam bas menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh. Wanita itu ditolak ke lantai, serta ditarik rambutnya manakala seorang lagi wanita yang bersama-sama dengan lelaki itu turut menampar muka mangsa. Kedua pasangan itu bersama mangsa turun dari bas ketika bas tersebut berhenti dan mangsa membuat laporan polis. Mangsa yang bernama Yang, seorang pelukis berkata, sebagai seorang pekerja, dia biasa bercakap dalam nada kuat. Menurut mangsa lagi “jika dia menegur saya dengan baik supaya memperlahankan suara saya, saya akan be...

Amaran Bahaya Buaya Terlepas Dari Zoo Akibat Banjir

Image
Pihak berkuasa di selatan Thailand menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari sebuah zoo. Buaya berkenaan terlepas akibat banjir yang melanda kawasan berkenaan. Nakorn Si Thammarat adalah antara 10 wilayah di selatan Thailand yang teruk terjejas oleh banjir. Sehingga kini, bencana alam itu meragut 12 nyawa serta menyebabkan 744,422 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Para pegawai juga sedang berusaha menyelamatkan haiwan lain dari zoo itu yang kini dinaiki air. Kisah buaya terlepas menjadi heboh apabila media tempatan ternampak reptilia itu berenang di kawasan sekitar zoo ketika mereka merakam gambar dari udara hari ini. Zoo di Thailand mempunyai lebih kurang 10 buaya, sesetengahnya berukuran lebih lima meter panjang, di samping haiwan lain. Hujan lebat sejak 1 Januari hingga hari ini menyebabkan banjir kilat melanda banyak kawasan di selatan Thailand dan memaksa sebuah lapangan terbang di Nakhon Si ...

Ibu Balik Kampung,Kurung Anak Umur 3Tahun Sendirian Di Rumah

Image
Penemuan tangisan seorang kanak-kanak menangis terlalu kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh,di Tampin telah terbongkar apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri. Kanak-kanak malang itu ditemui dalam sebuah bilik yang amat kotor tanpa sebarang pakaian serta berbogel dan bersendirian di dalam rumah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata,lebih kurang jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar tangisan kuat kanak-kanak di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci. Apabila menerima maklumat dari penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal keseorangan. Kanak-kanak itu telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin serta diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan. Siasatan telah mendapati ibu mangsa telah me...
Image
Kerana Nak Cantik, Wanita Kongsi Matanya Hampir Buta Gara-Gara Pakai Contact Lens Semua wanita inginkan wajah yang cantik dan jelita. Pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan cantik. Selain wajah, mata juga memainkan peranan yang penting. Mata yang cantik melengkapkan lagi wajah yang jelita. Ramai wanita mengenakan kanta lekap atau contact lens untuk kelihatan cantik. Ini kisahnya: (sumber:  Fie ) ALLAH HANTAR REMINDER DI PENGHUJUNG TAHUN 2016 DAN ASBABNYA ADALAH CONTACT LENS Ramai yang call, wassap, pm tanya kakfie.. kenapa.. kakfie sampai warded? Takkan sebab contact lens kot? Kakfie pun tak tahu nak start cerita ni macam mana.. tapi apa yang kakfie boleh katakan, ALLAH HANTAR REMINDER kat kakfie dengan cara begini.. Mungkin kakfie terlalu ghairah dan lupa diri seketika.. Ok, kakfie sebenarnya bukan pengguna tegar contact lens.. Kakfie pakai pun just nak melawa je.. bukan rabun pun. Kakfie start pakai contact lens color color sejak zaman anak dara lagi.. war...

3 Negeri Yang Mempunyai Peratus Penceraian Paling Tinggi

Image
Kadar peningkatan penceraian yang berlaku di negara kita pada setiap tahun telah mencatatkan peningkatan yang paling tertinggi. Turut dianggarkan terdapat sebanyak 156 pasangan yang menuntut penceraian dalam tempoh sehari atau persamaan dengan 6 pasangan yang akan bercerai dalam masa 1 jam. Pada tahun 2020, turut diramalkan akan ada dalam jumlah 15 pasangan akan bercerai dalam masa 1 jam. Apa yang paling menakutkan ialah, itu berkemungkinan besar akan ada 360 pasangan akan bercerai dalam 1 hari. Terdapat 3 negeri yang mencapai rekod penceraian yang tertinggi setakat ini. Tiga negeri yang dimaksudkan itu adalah Negeri Sabah, Johor dan juga Selangor. Oleh kerana kadar penceraian tertinggi dan turut menduduki tiga tangga tertinggi yang melibatkan pasangan melayu. Secara lazimnya, pasangan yang berkahwin dalam tempoh 5 tahun atau kurang dari itu juga adalah perkara yang menakutkan kerana itulah tempoh masa yang selalunya terjadinya penceraian. Statistik perceraian di Malaysia J...

Tahukah Anda Siapa Pencipta Mesin Wang ATM? NOVEMBER 3, 2017 819 VIEWS 2 MINUTE READ

Luther George Simjian adalah salah seorang pencipta dan ilmuwan . Dia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905 dan meninggal pada 23 Oktober 1997 pada usia 92 tahun. Simjian berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun setelah terpisah dengan keluarganya semasa Perang Dunia Pertama. Setelah bertemu dengan kerabatnya di Connecticut, dia bekerja sebagai jurugambar kerana minat dengannya. Pada mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang kedoktoran, namun minatnya berubah ketika pihak universiti menawarkannya pekerjaan di Laboratorium Foto. Pada tahun 1928, dia telah menjadi ketua di Jabatan Fotografi di universiti tersebut. Pada tahun 1934, Simjian berpindah ke New York, dimana dia telah mengembangkan mesin x-ray warna dan self-posing portrait camera, yang memungkinkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar yang tepat untuk diambil. Dengan berbekalkan penemuannya ini, Simjian telah menubuhkan sebuah syarikat pembuatan kamera dengan j...

Suasana Apartmen Sempit Penghuni Miskin Di Hong Kong

Image