Posts

Showing posts from November, 2017

Wanita Di Belasah Gara-Gara Bercakap Kuat

Image
Kejadian ini berlaku di XIAN,CHINA penumpang bas seorang wanita telah ditumbuk dan rambutnya ditarik oleh seorang penumpang lelaki dan wanita kerana bercakap terlalu kuat di telefon bimbitnya. Wanita yang berusia 55 tahun itu memberitahu Shaanxi Radio,bahawa dia sedang bercakap di telefon ketika seorang lelaki yang duduk di belakangnya menumbuk belakang lehernya secara tiba-tiba. Lelaki tersebut menyatakan bahawa mangsa bercakap terlau kuat. Pita rakaman dari dalam bas menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh. Wanita itu ditolak ke lantai, serta ditarik rambutnya manakala seorang lagi wanita yang bersama-sama dengan lelaki itu turut menampar muka mangsa. Kedua pasangan itu bersama mangsa turun dari bas ketika bas tersebut berhenti dan mangsa membuat laporan polis. Mangsa yang bernama Yang, seorang pelukis berkata, sebagai seorang pekerja, dia biasa bercakap dalam nada kuat. Menurut mangsa lagi “jika dia menegur saya dengan baik supaya memperlahankan suara saya, saya akan be...

Amaran Bahaya Buaya Terlepas Dari Zoo Akibat Banjir

Image
Pihak berkuasa di selatan Thailand menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana kemungkinan terdapat buaya yang terlepas dari sebuah zoo. Buaya berkenaan terlepas akibat banjir yang melanda kawasan berkenaan. Nakorn Si Thammarat adalah antara 10 wilayah di selatan Thailand yang teruk terjejas oleh banjir. Sehingga kini, bencana alam itu meragut 12 nyawa serta menyebabkan 744,422 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing. Para pegawai juga sedang berusaha menyelamatkan haiwan lain dari zoo itu yang kini dinaiki air. Kisah buaya terlepas menjadi heboh apabila media tempatan ternampak reptilia itu berenang di kawasan sekitar zoo ketika mereka merakam gambar dari udara hari ini. Zoo di Thailand mempunyai lebih kurang 10 buaya, sesetengahnya berukuran lebih lima meter panjang, di samping haiwan lain. Hujan lebat sejak 1 Januari hingga hari ini menyebabkan banjir kilat melanda banyak kawasan di selatan Thailand dan memaksa sebuah lapangan terbang di Nakhon Si ...

Ibu Balik Kampung,Kurung Anak Umur 3Tahun Sendirian Di Rumah

Image
Penemuan tangisan seorang kanak-kanak menangis terlalu kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh,di Tampin telah terbongkar apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri. Kanak-kanak malang itu ditemui dalam sebuah bilik yang amat kotor tanpa sebarang pakaian serta berbogel dan bersendirian di dalam rumah berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata,lebih kurang jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar tangisan kuat kanak-kanak di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci. Apabila menerima maklumat dari penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal keseorangan. Kanak-kanak itu telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin serta diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan. Siasatan telah mendapati ibu mangsa telah me...
Image
Kerana Nak Cantik, Wanita Kongsi Matanya Hampir Buta Gara-Gara Pakai Contact Lens Semua wanita inginkan wajah yang cantik dan jelita. Pelbagai cara dilakukan untuk kelihatan cantik. Selain wajah, mata juga memainkan peranan yang penting. Mata yang cantik melengkapkan lagi wajah yang jelita. Ramai wanita mengenakan kanta lekap atau contact lens untuk kelihatan cantik. Ini kisahnya: (sumber:  Fie ) ALLAH HANTAR REMINDER DI PENGHUJUNG TAHUN 2016 DAN ASBABNYA ADALAH CONTACT LENS Ramai yang call, wassap, pm tanya kakfie.. kenapa.. kakfie sampai warded? Takkan sebab contact lens kot? Kakfie pun tak tahu nak start cerita ni macam mana.. tapi apa yang kakfie boleh katakan, ALLAH HANTAR REMINDER kat kakfie dengan cara begini.. Mungkin kakfie terlalu ghairah dan lupa diri seketika.. Ok, kakfie sebenarnya bukan pengguna tegar contact lens.. Kakfie pakai pun just nak melawa je.. bukan rabun pun. Kakfie start pakai contact lens color color sejak zaman anak dara lagi.. war...

3 Negeri Yang Mempunyai Peratus Penceraian Paling Tinggi

Image
Kadar peningkatan penceraian yang berlaku di negara kita pada setiap tahun telah mencatatkan peningkatan yang paling tertinggi. Turut dianggarkan terdapat sebanyak 156 pasangan yang menuntut penceraian dalam tempoh sehari atau persamaan dengan 6 pasangan yang akan bercerai dalam masa 1 jam. Pada tahun 2020, turut diramalkan akan ada dalam jumlah 15 pasangan akan bercerai dalam masa 1 jam. Apa yang paling menakutkan ialah, itu berkemungkinan besar akan ada 360 pasangan akan bercerai dalam 1 hari. Terdapat 3 negeri yang mencapai rekod penceraian yang tertinggi setakat ini. Tiga negeri yang dimaksudkan itu adalah Negeri Sabah, Johor dan juga Selangor. Oleh kerana kadar penceraian tertinggi dan turut menduduki tiga tangga tertinggi yang melibatkan pasangan melayu. Secara lazimnya, pasangan yang berkahwin dalam tempoh 5 tahun atau kurang dari itu juga adalah perkara yang menakutkan kerana itulah tempoh masa yang selalunya terjadinya penceraian. Statistik perceraian di Malaysia J...

Tahukah Anda Siapa Pencipta Mesin Wang ATM? NOVEMBER 3, 2017 819 VIEWS 2 MINUTE READ

Luther George Simjian adalah salah seorang pencipta dan ilmuwan . Dia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905 dan meninggal pada 23 Oktober 1997 pada usia 92 tahun. Simjian berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 15 tahun setelah terpisah dengan keluarganya semasa Perang Dunia Pertama. Setelah bertemu dengan kerabatnya di Connecticut, dia bekerja sebagai jurugambar kerana minat dengannya. Pada mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang kedoktoran, namun minatnya berubah ketika pihak universiti menawarkannya pekerjaan di Laboratorium Foto. Pada tahun 1928, dia telah menjadi ketua di Jabatan Fotografi di universiti tersebut. Pada tahun 1934, Simjian berpindah ke New York, dimana dia telah mengembangkan mesin x-ray warna dan self-posing portrait camera, yang memungkinkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar yang tepat untuk diambil. Dengan berbekalkan penemuannya ini, Simjian telah menubuhkan sebuah syarikat pembuatan kamera dengan j...

Suasana Apartmen Sempit Penghuni Miskin Di Hong Kong

Image

Rahsia Yang Anda Tidak Tahu Ketika Dalam Pesawat

beberapa rahsia yang menarik untuk pengetahuan anda. Topeng Oksigen Jika kabin mengalami masalah tekanan udara dan topeng oksigen dikeluarkan dari bahagian atas kabin, tahukah anda, anda ada masa hanya 15 minit bekalan oksigen selepas ia mula digunakan. Ia sebenarnya masa yang lebih dari cukup untuk juruterbang membawa pesawat ke paras ketinggian lebih rendah di mana bekalan oksigen mencukupi. Lebih penting, jika kekurangan oksigen anda hanya ada 15-20 saat sahaja sebelum anda akan pengsan, pasangkan topeng oksigen anda dahulu kemudian anak anda, pengsan beberapa saat tidak akan membahayakan anak anda. Sebab lampu kabin pesawat digelapkan ketika mendarat Jika pesawat mendarat di waktu malam, anak kapal akan menggelapkan sedikit lampu di dalam kabin penumpang. Ianya sebagai langkah persediaan sekiranya penumpang perlu dikeluarkan dari pesawat selepas terjadinya masalah ketika mendarat. Mata manusia memang boleh untuk melihat di dalam gelap, jadi anda akan melihat dengan...

Tahukah Anda Kenapa Huruf Keyboard Komputer Tidak Tersusun?

Kenapa agaknya huruf-huruf keyboard pada komputer tidak disusun secara teratur? Nak tahu baca..huhu QWERTY Sistem susunan ini dipanggil QWERTY dan dicipta oleh Christopher Scholes. Pada mulanya, susunan huruf ni macam ABCD tapi bila disusun macam ni, orang akan menaip dengan terlalu pantas sampai jem kan mesin taip dia. Jadi, Scholes pun invent sistem QWERTY ni. Sebenarnya sistem QWERTY ini dicipta supaya orang menaip dengan lebih perlahan, bukan untuk mempercepatkan, pelik kan? Tapi, sistem ini dapat mengelakkan berlakunya kekejangan tangan dan kita jadi lebih relaks bila menaip. Sistem ini menyusun huruf-huruf yang selalu digunakan untuk menaip perkataan dalam English. Contohnya, huruf A diletakkan di hujung belah kiri. Ini kerana kita selalu gunakan huruf A ni, jadi kita boleh tekan dengan jari hujung kita tanpa gangguan dan ibu jari kita ditugaskan untuk menekan space bar. Tapi korang perasan tak, huruf-huruf ni dah disusun kat tempat-tempat yang jari kita senang nak capai?...

Kajian : Apa Wanita Bincangkan Ketika Berada Ditandas

Survey oleh Georgia-Pacific (pembuat tisu Quilted Northern) ini melibatkan hampir 1,300 lelaki dan wanita berusia 18-64 tahun. Dari survey tersebut, disimpulkan bahawa toilet bukan lagi sekadar tempat untuk BUANG, tapi sebuah tempat sosial. Sebanyak 86% responden mengatakan selalu bercakap hal peribadi, namun 73% responden sepakat toilet awam sebaiknya tidak digunakann sebagai tempat sosial. Berikut enam hal yang biasanya dilakukan perempuan ketika sedang berada di dalam tandas. Mengumpat tentang hal orang lain Seramai 86% orang yang disurvey mengakui mereka bercakap apa saja dari kisah asmara di pejabat hingga hal rakan sekerja yang jadi anak emas bos. Mungkin bilik yang tertutup di toilet itu membuat rahsia-rahsia yang dibualkan menjadi lebih selamat. Tips: Jika ingin mengumpat orang lain, lakukan di tempat yang lebih baik. Mungkin orang yang anda katakan ada di dalam salah satu bilik itu atau terbaik: berhentilah mengata tentang orang lain! Mendengar orang yang sedang ber...

Kelebihan Mempunyai Mata Kecil Dan Sepet

1. Orang tak tahu apa yang anda lihat/pandang Ini antara kelebihan mereka yang memiliki mata kecil atau sepet. Mereka boleh melihat apa saja yang diinginkan tanpa orang lain tahu dan tidak akan kantoi! 2. Anda boleh tidur & tidak siapa yang tahu Bila memiliki mata kecil/sepet, orang tak tahu sama ada anda sedang buka atau tutup mata. So, anda tak ada masalah untuk tidur dalam kelas. 3. Wajah anda tiada emosi Mata memainkan peranan penting untuk menunjukkan sesuatu emosi. Tapi, jika anda memiliki mata kecil, susah untuk orang baca reaksi emosi anda! 4. Anda seorang yang cool! Orang yang mempunyai mata kecil seorang yang cool dan tenang kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk membuat reaksi terkejut! 5. Pakai cermin mata nampak elok je Mata kecil beri kelebihan dalam pemilihan kaca mata. Anda boleh pilih apa saja jenis bingkai, janji bingkai tersebut lebih besar dari mata anda. 6. Tiada eye-bag & susah untuk tunjukkan mata letih Berbeza dengan mata besar,...

4 Ciri Isteri Hot Di Mata Suami

Tulus mencintai suami tidak cukup untuk terlihat hot atau menggiurkan di matanya. Cinta bagai nak rak, tetapi suka memberontak juga tidak akan menggoda suami. Suami yang merasa dicintai oleh isteri akan selalu diliputi kebahagiaan. Anda disebut isteri yang baik jika suami bahagia. Make him happy, everyday! Without fail. Kepatuhan terhadap perintah suami merupaan kewajipan seorang isteri. Seandainya apa yang dikehendaki suami anda tidak sesuai atau kurang anda sukai, beritahu ia dengan cara yang paling halus. Buat suami faham apa yang anda inginkan tanpa menyakiti hatinya. Jika betul anda cinta mati terhadap suami, tunjukkan suami 4 perkara ini: 1. URUS RUMAH TANGGA SEBAGAI JIHAD KE JALAN ALLAH Urus rumah tangga your level best! Makan pakai, anak-anak diuruskan secekap mungkin. Andalah super model untuk suami, andalah chef terkemuka, andalah guru terbaik anak-anak, anda juga best friend suami serta anak-anak. Banyak topi yang anda pakai. 2. TAAT KEPADA SUAMI Isteri yang hot...

10 Bandar Yang Mengalami Kesesakan Jalanraya Paling Teruk Di Dunia

Image
Kesesakan lalu lintas pada waktu pagi dan petang merupakan suatu lumrah yang perlu ditempuhi oleh setiap individu yang sudah bekerjaya. Peningkatan jumlah kenderaan dan jumlah penduduk yang berhijrah ke bandar-bandar besar ini telah menjadi salah satu punca kepada permasalahan ini. Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan oleh syarikat pengeluar GPS yang melibatkan 390 bandar dari 48 buah negara diseluruh dunia menunjukkan bandar dari negara tersebut mengungguli carta 15 bandar yang trafik paling teruk selama dua tahun berturut-turut. 1. Bangkok, Thailand 2. Mexico City, Mexico 3. Bucharest, Romania 4. Jakarta, Indonesia 5. Moscow, Russia 6. Chongqing, China 7. Istanbul, Turkey 8. St. Petersburg, Russia 9. Zhuhai, China 10. Santiago, Chile
Siapa Manusia Terakhir Jejak Kaki Di Bulan? manusia pertama yang menjejaki bulan mungkin ialah Neil Armstrong namun siapa pula orang terakhir yang pernah berada di bulan? Pada 14 disember 1972, 5.34 pagi, sebagai sebahagian daripada misi Apollo 17, orang terakhir yang meninggalkan jejak di bulan telah meninggalkan bulan. Insan yang dimaksudkan ialah Eugene Andrew Cernan. Eugene juga mempunyai kata-katanya yang tersendiri iaitu, ‘as we leave the moon at Taurus-Littrow, we leave it as we came and god willing, we shall return with peace and hope for all manking’. Terdapat 12 orang kesemuanya manusia yang pernah berada di bulan sepertimana senarai berikut: Neil Armstrong – 1969 Edwin Aldrin – 1969 Charles Conrad – 1969 Alan Bean – 1969 Alan Shepard – 1971 Edgar Mitchell – 1971 David Scott – 1971 James Irwin – 1971 John Young – 1972 Charles Duke – 1972 Harrison Schmitt – 1972 Eugene Cernan – 1972